Ikuti Kami

Blog

SELAMAT TINGGAL 2022

Semenjak era pandemik bermula, sales & cabaran bisnes kami turun naik macam “roller-coaster”!
Hampir mabuk dibuatnya!


Tapi walaupun penuh dengan ujian, 2022 tetap tidak mengecewakan. 

Syukur Allah masih berikan kami rezeki untuk terus bertahan dalam meneruskan perniagaan ni.

Syukur Allah masih berikan kami peluang untuk berkongsi rezeki dengan team kami.

Syukur Allah masih berikan kami ruang yang cukup untuk kami jalankan perniagaan kami.

Syukur Allah temukan kami dengan orang-orang baik (terutamanya team, pelanggan, pembekal) disekeliling kami, yang memudahkan urusan kami.

Syukur Allah temukan kami dengan orang-orang pelik juga disekeliling kami, yang menjadikan kami manusia yang lebih matang & baik setiap hari.

Terlalu banyak nikmat yang kami syukuri..tak terzahir dengan kata-kata.

Syukur Alhamdulillah.. TERIMA KASIH ALLAH.


Bagi yang mengikuti progress bisnes kami, TERIMA KASIH atas keperihatinan anda.

Bagi yang pernah berurusan dengan hardware kami, TERIMA KASIH atas sokongan anda. Sekiranya ada kekurangan, maafkan kami. Kami akan senantiasa cuba beri servis & produk yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda.

Bagi yang menjadikan kami sebagai rujukan untuk pelbagai info berkaitan hardware, TERIMA KASIH. Kami tidaklah pandai. Sekadar berkongsi ilmu yang ada didalam pengetahuan kami. Sekiranya kurang tepat, maafkan kami.

Yang baik datang dari Allah. Yang buruk datang dari kelemahan kami sendiri.


KakPut mengundur diri.. Jumpa tahun depan! 

Adios amigos.